fbpx
Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak itu santai menunggang motosikal ke sekolah. - Instagram

Murid sekolah rendah tunggang motosikal ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan mengundang perhatian ramai apabila dirakam menunggang motosikal elektrik ke sekolah, lapor portal berita Suara.com semalam.

Rakaman di platform Instagram oleh akaun @pembasmi.kehaluan.reall menunjukkan gadis kecil itu  santai menunggang motosikal di tengah jalan yang sibuk sambil mengenakan seragam sekolah.

Meskipun memakai topi keledar, tindakan itu mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya lain.

Gadis tersebut dipercayai pelajar sebuah sekolah rendah.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Ini bukan sayang anak tetapi membahayakan anak sendiri,” kata seorang netizen.

“Ibu bapa dia tak risau kah?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI