fbpx
MARTIN sangat berpuas hati dengan prestasi semasa apabila berjaya meraih tempat ketujuh pada GP Rep. Czech sebelum ini.

Martin makin teruja pamer belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NOALE – Kerja keras pelumba Aprilia, Jorge Martin semasa proses pemulihan membantunya kembali mendapatkan prestasi terbaik bagi mengharungi baki perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Pelumba Sepanyol itu menampilkan aksi dan tunggangan cukup baik pada Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno sebelum ini dengan meraih kedudukan ketujuh.

Biarpun sudah kembali mendapatkan rentak, namun ia masih jauh jika dibandingkan dengan prestasi rakan sepasukan, Marco Bezzecchi yang kelihatan cukup selesa mengendalikan jentera Aprilia.

“Saya gembira kerana respons saya pada awal perlumbaan sudah semakin baik. Selain itu, klac jentera juga jauh lebih baik berbanding sebelum ini, jadi saya sangat gembira dan terima kasih kepada pasukan,” katanya.

Sebelum ini, juara dunia itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat Aprilia apabila menyuarakan hasrat untuk meninggalkan pasukan tersebut sebaik sahaja saingan musim ini melabuhkan tirainya.

Bagaimanapun, dia enggan diheret lagi dengan isu tersebut kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap baki saingan musim ini meskipun sedar gelaran kejuaraan dunia sudah jauh daripada genggamannya.

“Saya tidak mahu lagi bercakap mengenai perkara itu kerana kami sekarang sedang bekerja keras untuk meningkatkan kemampuan jentera. Saya harap separuh musim kedua ini akan membawa tuah buat Aprilia,” ujar Martin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI