fbpx
ARIF AIMAN (tengah) menjadi contoh terbaik buat pemain-pemain tempatan kerana sering membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya dan JDT.

Arif Aiman kongsi rahsia kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHADIRAN ramai pemain warisan gred A menyaksikan kuota anak tempatan untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya seakan tergugat hingga mencetuskan pelbagai andaian daripada peminat-peminat tempatan.

Walaupun pemain warisan berjaya meningkatkan mutu permainan skuad negara, namun perkembangan semasa seperti menghadirkan rasa resah terhadap kualiti sebenar ada pada bakat-bakat tempatan.

Sejak kebelakangan ini, hanya Arif Aiman Hanapi dan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi kekal konsisten berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan juga skuad lima bintang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, Arif Aiman yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia empat kali berturut-turut, akhirnya ‘membuka mulut’ berkongsi rahsia di sebalik kejayaannya mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan JDT.

Pemain sayap lincah berusia 23 tahun itu merasakan kehadiran bintang warisan tidak pernah menutup ruang anak-anak tempatan, namun segalanya berkisar kepada kemahuan individu, sama ada mahu kekal kompetitif bersaing atau pun sebaliknya.

“Bagi saya, semuanya tentang apa yang kita set (tetapkan) dalam minda kerana itu amat penting. Tidak kisahlah kehadiran pemain warisan, kita adalah satu bendera yang sama.

“Cuma kehadiran pemain warisan memberi bantuan kepada pasukan  Harimau Malaya sangat baik daripada masa ke semasa. Macam saya cakaplah, kita akan boleh pergi jauh di peringkat antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI