fbpx
NISA kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Eko-Teknologi di UiTM Shah Alam, Selangor.

Nisa ceburi bidang ekoteknologi demi kelestarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI Malaysia, bidang ekoteknologi boleh dikatakan satu bidang baharu dan masih ramai belum mengetahui tentangnya.

Ekoteknologi ialah satu bidang antara disiplin yang menggabungkan prinsip ekologi dan teknologi untuk mencari penyelesaian lestari kepada isu-isu alam sekitar dan pembangunan manusia. 

Tujuan utama bidang ini adalah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar sambil memaksimumkan manfaat sosial dan ekonomi melalui inovasi teknologi yang mesra alam.

Melihat akan potensi besar di dalam bidang ini telah mendorong Nisa Masturina Sauffiee, 22, atau lebih mesra disapa Nisa untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Eko-Teknologi  di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

“Bidang ini menawarkan peluang kerjaya yang luas kerana semakin banyak syarikat memberi perhatian kepada aspek kelestarian, menjadikan bidang ini penting dan bernilai untuk diceburi. 

“Di Malaysia, semakin banyak syarikat mula tubuhkan jabatan kelestarian sebagai langkah strategik menuju masa depan mampan. Namun, masih terdapat kekurangan program pengajian yang khusus dalam bidang ini, sedangkan potensinya amat besar untuk diterokai.

“Satu-satunya bidang di UiTM yang bermatlamatkan kelestarian adalah bidang ekoteknologi,” katanya yang berasal dari Bintulu, Sarawak.

Tambahnya, apa yang dia pelajari adalah tentang teknologi dan inovasi lestari yang menyokong matlamat pembangunan mampan (SDG).  Antara contoh mudah difahami adalah bagaimana kenderaan elektrik (EV) mengurangkan pelepasan karbon. 

NISA juga pernah menjadi sukarelawan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini.

“Dalam bidang ini, saya banyak belajar teknologi yang boleh kurangkan impak kepada alam sekitar,” terangnya.

Memandangkan program ini masih baharu, Nisa mengakui cabaran utama yang dia hadapi adalah kurangnya pendedahan dalam kalangan pihak industri. 

“Banyak syarikat masih belum ketahui kewujudan program ini, sedangkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan seperti lean, teknologi hijau, SDG serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sangat luas dan terus berkembang,” jelasnya.

Namun, itu tidak mematahkan semangatnya. Malah, kekurangan itu mendorong Nisa dan rakan-rakan Program Eko-Teknologi untuk terus mencari sumber, mengulang kaji dan menghadapi cabaran dengan lebih kreatif dan proaktif.

Nisa juga mempunyai hasrat untuk membina kerjaya di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat antarabangsa apabila tamat belajar kelak.

Walaupun bidang pengajian yang diambilnya agak mencabar tetapi itu bukan penghalang untuk Nisa aktif di luar bilik kuliah. Dia aktif dalam aktiviti kepimpinan dan kesukarelawanan. Antara jawatan yang disandang adalah Timbalan Presiden Kelab SITOK (Student Integration of Kenyalang) iaitu Kelab Anak Sarawak di Semenanjung serta berperanan sebagai setiausaha dalam beberapa persatuan lain.

GADIS berasal
dari Bintulu Sarawak ini juga aktif mendaki gunung ketika masa lapang.

Dia juga pernah menjadi sukarelawan untuk Petronas MotoGP pada 2023 dan sukarelawan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini. Selain itu, dia turut menyertai pelbagai program sukarelawan lain seperti membantu mangsa banjir dan aktiviti gotong royong.

“Saya cuba isi masa lapang saya dengan pelbagai program kerana saya seorang yang mudah ‘overthinking’ jika duduk diam.

“Selain itu, aktiviti sukarelawan telah mengajar saya untuk jadi lebih empati dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling, serta bina kemahiran insaniah seperti kerjasama, komunikasi dan kepimpinan,” katanya.

Nisa juga sering mengisi masa lapangnya dengan bermain sukan pickleball dan juga mendaki gunung.

Walaupun jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti, Nisa masih sempat membantu kakaknya menjalankan bisnes menjual kanta mata secara kecil-kecilan.

Menurutnya, dia belajar banyak perkara apabila membantu kakaknya menjalankan bisnes tersebut.

“Saya belajar untuk melayan pelanggan, mengurus masa dan banyak lagi.

“Pengalaman itu amat berguna jika saya ingin menceburi bidang keusahawanan suatu hari nanti,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN