fbpx
Izham (tiga dari kanan) dan Ketua Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Mohamad Khairil Mohamad Razi (tiga dari kiri) bergambar bersama pada majlis pelancaran di Wisma PKPS kelmarin.

Jualan Ehsan Rahmah tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan tetap akan dilaksanakan seperti biasa dan tidak dikurangkan, meskipun kerajaan bakal memperluaskan Program Jualan Rahmah Madani dengan tambahan peruntukan RM300 juta.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim, pelaksanaan JER sebaliknya akan diselaraskan dengan Jualan Rahmah Madani agar ia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk di negeri ini mendapatkan akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

“Kita akan tengok pelaksanaan mereka (Program Rahmah MADANI) dan selaraskan. Tapi dari pihak negeri, usaha sedia ada tetap diteruskan kerana kita tahu lebih ramai rakyat akan mendapat faedah, sama ada daripada program kerajaan persekutuan atau negeri.

“Kita bukan nak kurangkan tapi beri liputan lebih luas kepada rakyat. Saya rasa ini satu berita baik yang diumumkan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), di sini kelmarin.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali memaklumkan kerajaan menyasarkan pelaksanaan 20,000 siri Jualan Rahmah di seluruh negara merangkumi 222 kawasan Parlimen, lebih 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.

Armizan berkata, penambahbaikan program tersebut turut melibatkan perluasan jenis barangan asas mengikut keperluan dan musim, peningkatan kekerapan jualan, serta penyertaan lebih ramai rakan strategik.

Mengulas mengenai produk sejuk beku yang dilancarkan, Izham berkata, ia melibatkan barangan makanan seperti Popia Carbonara, Popia Sayur, Samosa Ayam, Karipap Ayam, Roti Paratha dan Roti Boom.

“Ini adalah sebahagian usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan dan meningkatkan hasil negeri.

“Ia juga merupakan satu lagi pencapaian penting dalam memastikan sumbangan berterusan PKPS terhadap pembangunan industri makanan dan pertanian di Selangor,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI