PETALING JAYA – Biarpun terlibat dalam kemalangan hingga menerima 11 jahitan di kaki, seorang pemuda tetap nekad meneruskan perjalanan dari Johor ke Terengganu demi merealisasikan impiannya bertemu pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Kisah menyentuh hati itu tular menerusi perkongsian video TikTok milik pengguna @Muazzamirfn yang dikenali sebagai Muhd Irfan, memaparkan dirinya sebak apabila akhirnya dapat bersalaman dengan UAI.
“Excited (teruja) tak boleh ‘behave’, aku rasa macam mimpi. Aku dapat salam beliau (UAI),” tulisnya di ruangan kapsyen.
Apa yang lebih mengharukan, Irfan mendedahkan bahawa ini merupakan usaha kali ketiganya untuk bertemu dengan UAI, yang telah dikagumi sejak zaman kanak-kanak.
“Saya minat sangat UAI dari kecil. Dah tiga kali cuba nak jumpa tapi tak dapat. Alhamdulillah, kali ini berjaya,” katanya dalam video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat semangat pemuda itu demi menunaikan impian bertemu idolanya.
“Sebak campur gembira tengok anak muda ni.. Alhamdulillah tercapai impiannya,” kata Mak Teh.
“Alhamdulillah dik, rezeki awak… mesti gembira sangat kan dengan aturan Allah,” komen Seha.
“Rezekimu dik, akak pula sebak tengok awak dapat jumpa ustaz,” ujar Nurkhaira Izwa. – KOSMO! ONLINE
@muazzamirfn excited tak boleh behave, aku rasa macam mimpi 😉 aku dapat salam beliau❤️ #fyp #uai #ustazazharidrus #ustazmutungguakudatang ♬ Terlanjur Cinta – Rossa