fbpx
Sate Burger menggabungkan cita rasa klasik tempatan dengan hidangan ala barat hasil proses R&D selama setahun.

Sate Burger menu edisi terhad Burger King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bagi meraikan cita rasa Malaysia, Burger King Malaysia kini tampil dengan Sate Burger, diinspirasikan daripada hidangan klasik tempatan yang menggabungkan bersama ketulan sate ayam dan kuah kacang tradi­sional dalam gaya burger.

Burger dengan keenakan aroma sate ini didatangkan dalam dua pilihan, iaitu Sate XL Beef Burger yang menggunakan patty Whopper bersaiz lima inci yang dipanggang atas api untuk memberikan rasa khas ‘smoky’ dan berjus.

Kesemua bahan tadi digandingkan dengan kuah kacang pekat dan bawang rangup dalam roti gebu untuk memberi kenikmatan berganda.

Selain itu, untuk mereka yang mahukan kelainan, Sate Tendercrisp hadir dengan ayam goreng rangup yang pedas dan lembut di dalam bersama salutan sos kuah kacang yang pekat dan hirisan bawang segar.

Menurut Burger King Malaysia, pihaknya mengambil masa selama setahun untuk proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan sesi percubaan serta penambahbaikan bagi menghasilkan gabu­ngan burger unik yang nostalgik dan penuh inovasi.

“Proses R&D ini memfokuskan untuk mendapatkan kombinasi yang sempurna antara rasa sate dan kuah kacang yang ikonik, sambil memastikan gabungan yang lazat dengan burger.

“Kami mahu menghormati tradisi sate Malaysia sambil menawarkan keharmonian cita rasa tradisional dalam bentuk burger yang disukai ramai.

“Ini bukan kali pertama kami tampil dengan cita rasa tempatan kerana pernah memperkenalkan menu lokal seperti Rendang Burger dan kini tampil dengan resipi baharu, Sate Burger,” katanya.

Tambahnya, inovasi pada Sate Burger membawa sentuhan mo­den pada cita rasa tradisional, memastikan pengalaman kulinari yang menggamit kenangan buat para pelanggan.

Sehubungan itu, para pencinta sate dan burger perlu mendapatkan siri burger istimewa ini dengan segera kerana dikeluarkan dalam tempoh terhad bermulai Julai ini.

Pada masa yang sama, Burger King Malaysia mengadakan promosi istimewa bagi siri Sate Burger bermula 21 Julai 2025 hasil kerjasama epik dengan anime po­pular, Naruto.

Para pelanggan boleh membeli kemeja-T eksklusif Naruto ‘Your Ninja Way’ di cawangan terpilih hanya dengan pembelian minimum set hidangan Sate Burger. Tawaran terhad ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2025, selagi stok masih ada.

Selain itu, pembelian King Jr. Meals baharu akan disertakan de­ngan mainan edisi terhad Naruto yang menampilkan watak ikonik seperti Naruto, Sasuke, Sakura dan lain-lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI