fbpx
KONATE (kiri) masih tidak melanjutkan kontraknya bersama Liverpool yang akan tamat hujung musim depan. - AFP

Barcelona mahu Konate secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona berhasrat untuk mencantas perancangan Real Madrid dalam usaha mendapatkan khidmat pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate secara percuma.

Difahamkan, pihak pengurusan kini giat memantau perkembangan Konate yang berpotensi meninggalkan Anfield apabila kontraknya tamat penghujung musim ini.

Barcelona yang kini bergelut dengan isu kewangan menjadikan pemain berstatus ejen bebas sebagai keutamaan dan Konate, 26, menjadi sasaran ideal bagi memperkuat benteng pertahanan pasukan.

Ia susulan masa depan Inigo Martinez dan Andreas Christensen dilaporkan semakin samar untuk kekal bersama kelab berkenaan.

Menurut laporan CaughtOffside, Real menunjukkan minat untuk mendapatkan Konate dengan hasrat mengikat pemain itu menerusi perjanjian pra-kontrak bermula Januari nanti, sama seperti langkah yang diambil terhadap Kylian Mbappe dan Trent Alexander-Arnold.

Walaupun Liverpool masih berusaha memujuk Konate untuk memperbaharui kontrak, usaha tersebut setakat ini tidak membuahkan hasil.

Jika gagal, The Reds berkemungkinan besar kehilangan bintang Perancis itu secara percuma musim depan, sekalig gus turut mencetuskan minat daripada juara Eropah, Paris Saint-Germain dan gergasi Bundesliga, Bayern Munich.

Liverpool sedia mempertimbangkan penjualan Konate ketika ini dengan nilai sekitar £40 juta (RM227.31 juta), namun tiada kelab bersedia menebus harga tersebut, termasuk Real Madrid.

Bagi Barcelona, perpindahan secara percuma menjadi pilihan terbaik dan Konate berpotensi menjadi gandingan jangka panjang kepada Pau Cubarsi di pertahanan kelab Catalan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI