fbpx
Mohamad (tiga dari kanan) melihat dron pertanian yang dipamerkan sempena Pesta Durian 2025 di Dewan Perdana MDGM, Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Peningkatan padi tujuh tan semusim mampu penuhi keperluan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan peningkatan jumlah pengeluaran padi dalam negara sehingga tujuh tan semusim.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda seperti yang dimohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu memenuhi keperluan beras dalam negara.

Katanya, hasil pengeluaran padi sebanyak tiga hingga empat tan semusim perlu dipertingkatkan sehingga tujuh tan semusim dengan penanaman lima musim dalam tempoh dua tahun.

“Projek penanaman sedang berjalan di Kedah. Sekiranya berjalan lancar, insya-Allah jumlah beras cukup hingga tiga kali peningkatan.

“Pengeluaran padi perlu dipertingkatkan sekurang-kurangnya tujuh tan semusim. Di Selangor ketika ini sudah mencapai kira-kira tujuh tan. Jika pengeluaran beras di Kelantan dan Kedah menyeluruh sehingga tujuh tan, kita tidak akan menghadapi kecemasan dan masalah beras pada masa akan datang,” katanya selepas merasmikan Pesta Durian 2025 Gua Musang di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI