fbpx
Pasukan penyelamat membantu mangsa yang tersasar kawasan pendaratan dalam base jump challenge di Menara Kuantan 188 semalam.

Angin kencang, tiga peserta base jump challenge tersasar pendaratan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUANTAN – Gara-gara angin kencang menyebabkan tiga peserta base jump extreme challenge di Menara Kuantan 188 tersasar daripada kawasan pendaratan semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu peserta, Zainal Chik,62, terhempas di kawasan bersimen dan Manan Mahusin, 64, mendarat di kawasan sungai, manakala seorang warganegara Australia, Andrew Morcombe mendarat di atas pokok.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, semasa terjunan yang melibatkan 17 peserta itu menyaksikan tiga penerjun tersasar daripada lokasi pendaratan.
“Akibat kejadian seorang peserta berusia 62 tahun mengalami kecederaan ringan akibat terhempas di kawasan bersimen dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
“Seorang peserta Australia mendarat di atas pokok dan seorang lagi peserta yang mendarat di kawasan sungai tidak mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya pihak penganjur dan petugas keselamatan telah mengambil tindakan pantas dengan memberikan bantuan segera kepada peserta terlibat.
Jelasnya punca awam insiden dipercayai berpunca daripada keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN