fbpx
Keadaan mangsa yang melecur hampir seluruh badan selepas kediamannya terbakar di sebuah rumah teres di Jalan SS 1/8, Petaling Jaya, hari ini.

Wanita warga emas parah melecur rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik cemas apabila kediaman mereka terbakar dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan SS 1/8, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.09 pagi itu, mangsa wanita dikenali sebagai Urmila, 67, mengalami kecederaan parah akibat melecur pada seluruh badan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 15 anggota serta tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan Penchala digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres semi D dengan anggaran kemusnahan 60 peratus.

“Mangsa wanita berusia 67 tahun melecur 60 peratus manakala suaminya, Mohan berusia 75 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, ketika kejadian, pasukan keluaran operasi telah memberi rawatan awal iaitu bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Selepas pemadaman, lokasi diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI