fbpx
ISAK mempunyai nilai semasa yang tinggi ketika ini apabila dianggarkan berjumlah lebih £120 juta (RM684.2 juta). - AFP

Isak mungkin pilih ke Liga Pro Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ejen peribadi Alexander Isak, Gonzalo Gaitan mendedahkan pihaknya masih belum menutup sebarang pintu sekiranya penyerang sensasi Newcastle United itu akan berhijrah pada jendela perpindahan kali ini.

Sebagai rekod, Isak dilaporkan terdesak untuk meninggalkan St. James Park apabila Liverpool bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menawarkan £120 juta (RM684.2 juta).

Namun, pengurusan The Magpies bertegas nilai tersebut masih lagi jauh daripada tanda harga ditetapkan ke atas Isak sekali gus menyaksikan Liverpool mencari pilihan alternatif dengan menyasarkan penyerang muda Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike.

Situasi itu menyaksikan Gaitan bersedia untuk menawarkan Isak ke pasukan Liga Pro Saudi selepas beberapa kelab dilihat tidak mempunyai masalah untuk menunaikan permintaan tinggi ditetapkan oleh Newcastle.

Kata Gaitan, pihaknya sedang berada dalam fasa akhir untuk menetapkan hala tuju baharu Isak walaupun Newcastle yakin pemain antarabangsa Sweden berusia 26 tahun itu akan kekal pada musim depan.

“Buat masa sekarang proses perpindahan masih lagi berjalan dan pihak kami sedang meneliti semua tawaran yang ada. Kami tidak boleh beri butiran lanjut sama ada Isak akan kekal atau berhijrah,” katanya.

Sejak berhijrah pada 2022, Isak telah mempamerkan prestasi konsisten termasuk menjaringkan 27 gol musim lalu selain memastikan Newcastle menamatkan kemarau trofi dengan menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI