fbpx
CUNHA (tengah) beraksi buat kali pertama dengan United ketika seri tanpa jaringan menentang Leeds United dalam aksi pramusim kelmarin. - SKY SPORTS

Lima terbaik sasaran awal Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penyokong Manchester United tidak boleh terlalu bersikap gelojoh, sebaliknya kekal bersabar mempercayai projek sedang diusahakan pasukan itu ketika ini.

Bintang muda The Red Devils, Amad Diallo mahu peminat terus memberikan sokongan kepada pengurus pasukan, Ruben Amorim dalam misi mengembalikan kegemilangan pasukan itu yang kini dalam situasi sukar selepas menamatkan kempen musim lalu di tangga ke 15.

Diallo berpendapat kedudukan lima teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan wajar diraikan kerana ia boleh dilabel sebagai pencapaian terbaik sejak kebelakangan musim ini.

“Penyokong perlu lebih bersabar kerana kami ada pengurus dan pemain baharu, pastinya juga taktikal yang berbeza. Kami tahu musim lalu tidak begitu bagus, namun kali ini saya fikir kami mampu meraih lebih banyak kemenangan.

“Saya juga berharap musim baharu nanti kami mampu capai lebih banyak perkara yang lebih bagus. Musim yang bagus adalah untuk berada di lima (kedudukan) terbaik dan saya harap kami mampu lakukannya,” katanya.

Dalam masa sama, Diallo mempertahankan kualiti yang ada pada penyerang baharu pasukan, Matheus Cunha dan menganggap bekas bintang Wolverhampton Wanderers itu mampu menghadirkan impak lebih baik buat pasukan.

“Kami perlukan pemain berkualiti dalam pasukan dan dia (Cunha) akan berikan banyak impak sekali gus menghadirkan kelainan.

“Musim lalu kami hilang pemain terbaik di barisan depan dan saya doakan yang terbaik buatnya kerana sudah terbukti dia mampu menjaringkan banyak gol pada saingan musim lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI