fbpx
NOR Shuhada sewaktu operasi SAR mencari Ija Nizaruddin bersama anggota bomba, polis serta anggota penyelamat yg lain di Sungai Tui, Bukit Kepong, Muar.

Laporan palsu Ija dan adik, ganggu tugas kecemasan lain – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Tindakan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau Ija Nizaruddin dan adiknya memberi maklumat palsu kehilangan lelaki itu membawa padah apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor membuat laporan polis terhadap keduanya semalam.

Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, PgKB II Nor Shuhada Amsari, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira pukul 11.30 pagi semalam atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

“Keputusan membuat laporan polis ini dibuat atas sebab JBPM beranggapan perbuatan membuat laporan palsu ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan menyebabkan pembaziran sumber dan masa.

“Selain itu, ia membabitkan risiko keselamatan pasukan penyelamat serta mengganggu tugas-tugas kecemasan lain. Tindakan membuat laporan palsu ini turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penyelamat dan pihak berkuasa jika tidak dibendung.

“Pegawai penyiasat juga sudah pun mengambil keterangan saya selepas laporan dibuat. Laporan polis ini dibuat agar orang awam mengambil iktibar untuk tidak membuat perkara yang tidak berfaedah seperti ini. Saya tegaskan ia adalah tindakan yang tidak wajar kerana kami bimbang boleh mengganggu insiden kecemasan lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Nor Shuhada, seramai 30 pegawai dan anggota bomba dari Muar, Labis dan Pagoh dikerah ke lokasi untuk mencari mangsa sebaik menerima laporan selain 47 anggota polis dan pelbagai agensi lain turut serta.

“Tidak ketinggalan juga Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Unit K9 polis juga digerakkan semasa operasi mencari Ija,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN