fbpx
KOLO MUANI dilihat sebagai penyerang yang berpotensi untuk bersama United menerusi kelebihan yang dimiliki. - AFP

EPL: Man. United intai penggempur PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United meneruskan pencarian mereka untuk mendapatkan khidmat penyerang pada jendela perpindahan biarpun sudah menandatangani Matheus Cunha dan semakin hampir mengikat Bryan Mbeumo.

Penggempur elit bakal menjadi sasaran seterusnya kelab tersebut dan menurut laporan, mereka dilapor sedang meneliti potensi perpindahan penyerang Paris Saint-Germain, Randal Kolo Muani.

Pemain antarabangsa Perancis itu berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika dipinjamkan ke Juventus musim lalu dan kelab Itali itu berharap mereka mampu meyakinkan Kolo Muani untuk kekal di Turin.

Bagaimanapun, United dilapor menyertai saingan untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu selepas gagal untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan musim sejuk lalu apabila dia memilih menyertai The Old Lady dan berjaya terlibat menghasilkan 13 gol dalam 22 penampilan.

Bekas penyerang Eintracht Frankfurt itu dianggap sebagai pemain No. 9 moden apabila bijak melakukan gerakan, mengesan ruang-ruang kosong serta mampu turun ke bahagian tengah untuk membantu pasukan melancarkan serangan.

Kolo Muani juga dianggap memiliki kepakaran dalam melakukan rembatan apabila memiliki 31 peratus peluang menghasilkan gol menerusi kelebihan itu dalam saingan Serie A musim lalu.

Laporan menyebut bahawa United mungkin mampu untuk memujuk PSG melepaskan pemain itu dengan status pinjaman sebelum membelinya secara kekal bagi memastikan Kolo Muani mampu beradaptasi dengan suasana bola sepak England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI