PETALING JAYA – Seekor ular tedung selar mencuri perhatian netizen apabila ditemui menjalar di atas sebuah papan tanda dalam kejadian dipercayai berlaku di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah sebelum haiwan tersebut ‘memanjat’ sebatang pokok berdekatannya.
Menerusi satu klip berdurasi 32 saat yang dikongsi di TikTok, reptilia itu dilihat bergerak dalam keadaan menegak seakan-akan ‘berdiri’ setinggi hampir satu meter sambil melilit batang pokok.
“Bahaya tahu ular ini, dia boleh berdiri tinggi, boleh terbang bila nak patuk mangsa,” tulisnya dalam video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan seram melihat aksi haiwan berbisa itu.
“Besar juga tu… seram sejuk berpeluh macam jumpa hantu,” komen @Kzmuhammadnor.
“King cobra, patukan dia terus membawa maut,” kata Mashiroh.
“Dia tak boleh terbang, tetapi boleh berdiri tinggi. Senang nak patuk mangsa dalam jarak jauh,” ujar seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@jf.jasad.fana♬ bunyi asal – JASADFANA @AHMAD UNJI