fbpx

Malaysia ada masa hingga Ogos berunding bersama AS soal tarif – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar, Kampus UiTM Permatang Pauh, hari ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia masih mempunyai ruang masa untuk mengadakan rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman tarif import sebanyak 25 peratus yang dikenakan.

Katanya, terdapat negara yang berjaya mengurangkan kadar tarif melalui rundingan antaranya Indonesia yang menurunkan tarif dari 30 peratus kepada 19 peratus manakala Thailand dan Kemboja masih kekal pada kadar asal.

“Malaysia ada masa sehingga awal Ogos untuk membuat keputusan berhubung pendekatan rundingan dengan AS.

“Kita akan gunakan pendekatan berbeza dan tetapkan beberapa syarat supaya rundingan ini membuahkan hasil,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar menegaskan bahawa beliau akan terus menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk menuntut semula wang yang dikumpul secara haram dan memulangkannya kepada rakyat.

Jelasnya, biarpun wujud sentimen dan suara-suara lantang yang bertekad mahu menjatuhkan beliau, namun ia tidak bermakna apa yang dilakukannya itu tersasar daripada landasan.

“Orang kata saya guna kuasa, ya memang betul saya nak guna peluang ini (kuasa Perdana Menteri) wang yang diambil secara haram mesti dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI