fbpx

Nak jadi pemimpin perlu ikhlas – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sesi usrah di Sekolah Petriotik UMNO hari ini.

PETALING JAYA- “Kalau mahu jadi pemimpin sejati, ikhlas adalah asasnya.”

Demikian penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan amanat kepada kumpulan anak muda dalam program Daurah Pagi bersama peserta Patriot 2, Sekolah Patriotik UMNO (SPU) di Yayasan Al-Falah, pagi tadi.

Menurut beliau, keikhlasan adalah nilai teras yang perlu tertanam dalam setiap individu yang mahu bergelar pemimpin, bukan semata-mata kerana pangkat atau populariti.

“Kita sering diuji ketika susah, tetapi ramai yang lupa bahawa kesenangan juga satu ujian. Ketika menang dan disanjung, di situlah keikhlasan sebenar diuji,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Ahmad Zahid turut berkongsi pengalaman peribadi dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang penglibatan dalam perjuangan politik dan kepimpinan negara.

Beliau menzahirkan rasa bangga terhadap semangat dan kesungguhan anak-anak muda yang terlibat dalam program tersebut, yang disifatkan sebagai generasi pelapis yang bukan sahaja memahami sejarah perjuangan parti, tetapi juga sedang membina jati diri sebagai pejuang berprinsip.

“Perjuangan tanpa keikhlasan hanyalah slogan. Tapi perjuangan dengan hati yang bersih, itulah yang akan terus hidup walaupun zaman berubah,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru golongan muda agar menggunakan masa muda untuk menimba ilmu, membina idealisme dan kekal istiqamah demi masa depan bangsa dan negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI