fbpx

Budak lemas selepas mandi di takungan air projek mitigasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pita larangan masuk yang dipasang pihak berkuasa di salah satu laluan di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Dua kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas dipercayai mandi di kawasan air bertakung di tapak projek Selangor Mitigasi Banjir Sungai Klang berhampiran Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima maklumat maklumat kira-kira 8.50 malam tadi berhubung kejadian kanak-kanak jatuh parit.

Katanya, dua mangsa tersebut berusia sembilan dan 12 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan kawasan air bertakung di tapak projek Selangor Mitigasi Banjir Sungai Klang.

“Saksi di tempat kejadian menyatakan kedua-kedua mangsa telah pergi ke kawasan takungan air tersebut untuk mandi dan telah lemas di dalam takungan air tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh mangsa yang boleh menyebabkan kematian simati.

Tambahnya, mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat pada pukul 11 pagi ini.

“Siasatan dijalankan di bawah mati mengejut (SDR). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati satu laluan masuk telah ditutup dengan pita pihak berkuasa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan salah seorang daripada mangsa, Aishdayan Rayqal Arijanto, 9, menunjukkan perubahan sikap lebih mangsa dalam tempoh dua minggu selain telah mengumpul wang bagi membeli basikal.

Dalam kejadian tersebut, turut ditemukan lemas adalah rakan sekolahnya, Che Syazwan Irwan Shah, 12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI