fbpx

Wanita tinggalkan dua anak elak diberkas Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 200 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut termasuk kanak-kanak. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Demi menyelamatkan diri daripada ditahan, seorang wanita warga asing tergamak meninggalkan dua anak kecilnya selepas rumah kongsi didiami mereka di Panorama Lapangan Perdana di sini awal pagi tadi, diserbu pihak berkuasa.

Difahamkan, wanita itu bertindak meninggalkan suami berusia 47 tahun serta dua anak lelaki masing-masing berusia satu dan dua tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada bapanya yang masih memiliki pas yang sah dan diminta pulang ke negara asal melalui Program Repatriasi Migran (PRM).

Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata, Op Kutip disertai Pasukan Gerakan Am (PGA) itu dijalankan selepas menerima aduan awam dan hasil pemantauan serta risikan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi.

Katanya, daripada 220 warga asing yang diperiksa, seramai 131 daripadanya didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki dan 16 wanita warga Indonesia termasuk dua kanak-kanak lelaki, 54 lelaki Bangladesh, 24 lelaki dan empat wanita warga Myanmar dan seorang lelaki Pakistan yang berusia antara dua hingga 50 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI