fbpx

‘Lain macam level BASS, tak syak lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERASI bersama dan semakin meluaskan pengaruh di mana sahaja, ramai peminat bersetuju betapa dan Bella dan Saddiq ini sebuah 'jenama' yang bukan calang-calang.

SELAGI tak naik pelamin, semakin ramai netizen diserang ‘kencing manis’ disebabkan kisah cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Manakan tidak, hubungan mereka semakin hari dilihat semakin serius meskipun sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada tuan badan.

Terbaharu, tular dalam media sosial Syed Saddiq membawa Bella ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemunculan Bella di majlis tersebut membuatkan ramai peminat BASS tidak senang duduk kerana terlalu teruja bahkan menyifatkan hubungan mereka sudah ‘next level’.

“Kalau sudah bawa ke majlis gah sebegini, memang hubungan mereka serius. Sudah terang lagi bersuluh, tiada syak lagi!

“Mungkin tak lama lagi Tun M dan Tun Siti Hasmah pula hadir ke ‘wedding of the year’ BASS.

“Ini memang level lain, bertuah Bella kenal Syed Saddiq dan dikelilingi ramai individu hebat,” usik netizen yang tidak sabar melihat pasangan itu naik pelamin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI