fbpx

Polis kesan individu belasah seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki dipukul dan ditarik masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda semalam.

SEBERANG PERAI – Polis giat mengesan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki selepas satu video tular di media sosial, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi dua minit lima saat yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul dan dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku pada pukul 7.16 malam semalam dan dipercayai berpunca daripada dakwaan kecurian barang kemas melibatkan mangsa.

“Dalam rakaman tersebut, kelihatan tiga suspek lelaki dilihat memukul mangsa di bahagian kepala dan badan tanpa sebarang senjata sebelum memaksanya masuk ke dalam kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa telah menerima rawatan di hospital dan mengalami kecederaan pada muka dan kepala.

“Mangsa turut disiasat bagi satu kes curi dan kini direman selama empat hari sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sarina Mohd Adam ditalian 017-2912781 bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI