fbpx

Demonstrasi umpama ‘candu’ kepada Pas – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. PUAD

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yakin Pas mampu mencapai sasaran 300,000 orang menghadiri demonstrasi pada 26 Julai ini.

Menurutnya, beliau berpandangan demikian memandangkan demonstrasi disukai oleh penyokong Pas kerana demonstrasi umpama ‘candu’ kepada mereka.

“Lagi pun ahli Pas fanatik dan taasub kepada arahan parti. Setakat 300,000 hanyalah ‘kacang’ kepada Pas.

“Tetapi apakah objektif ‘Turun Anwar’ boleh tercapai? Sudah tentu tidak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohd. Puad berkata, demonstrasi dirancang itu hanya menunjukkan kekuatan Pas, namun impaknya kecil apatah tanpa penyertaan ‘civil society’

Kata beliau, UMNO pula sudah pasti tidak akan menyokongnya, malah komited mempertahankan kerajaan sedia ada demi rakyat dan kestabilan negara.

“Impaknya lebih besar jika mereka bawa usul undi percaya di Parlimen berbanding demonstrasi 300,000 ahli Pas.

“Pas sudah pasti tidak berani bawa usul undi tidak percaya atau percaya di Parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI