fbpx

Kenapa penjual lempar durian atas tanah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjual melemparkan beberapa durian ke atas tanah di Singapura baru-baru ini. - TikTok

SINGAPURA – Seorang penjual durian di Singapura mengundang perhatian pengguna media sosial selepas dirakam melemparkan buah itu ke atas tanah, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian dirakam berhampiran pusat beli-belah Punggol Plaza, baru-baru ini. 

Perakam video dikenali sebagai Solomon berkata, dia melihat seorang penjual mengeluarkan durian daripada bakul dan secara santai melemparkannya ke atas tanah. 

Lebih aneh, setiap buah durian itu dibaling ke atas lantai sekali gus menimbulkan persoalan mengapa dia berbuat demikian. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 23,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia meniru cara durian jatuh secara semula jadi daripada  pokok. Perbuatan itu membantu durian untuk cepat masak,” kata seorang netizen. 

“Selain cepat masak, ia dilakukan agar durian itu mengeluarkan aroma,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI