fbpx

Rakyat jangan bimbang, AI bukan pengganti mutlak manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diminta tidak berasa gentar dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang berkata, persoalan besar orang ramai adakah pekerjaan manusia bakal digantikan sepenuhnya oleh AI.

“Dengan keupayaan (AI) menghasilkan teks, imej, muzik malah kod komputer, ramai tertanya-tanya adakah pekerjaan manusia bakal digantikan sepenuhnya? Jawapannya tidak semudah itu.

“AI bukan pengganti mutlak manusia. AI adalah alat sokongan, bukan ancaman. Nilai insani seperti empati, kreativiti dan kepimpinan tetap menjadi kelebihan rakyat yang tidak boleh digantikan oleh mesin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lih Kang berkata, rakyat Malaysia sebaliknya diseru mengambil peluang menguasai kemahiran digital, automasi dan sains data demi kekal relevan dalam pasaran kerja masa depan.

Menurutnya, kerajaan pula perlu memainkan peranan proaktif terus memperkukuh latihan semula dan peningkatan kemahiran termasuk memperluas program TVET agar tiada rakyat tercicir dalam era digital.

Ujar beliau, manusia dan teknologi perlu berganding bahu kerana masa depan bukan tentang persaingan, tetapi kerjasama antara manusia dan teknologi demi kemajuan negara yang lebih cekap dan inklusif.

“Jangan takut pada perubahan. Dengan ilmu, kemahiran dan kerjasama rakyat serta kerajaan, saya yakin Malaysia mampu menjadikan AI sebagai pemacu kemajuan untuk semua.

“Masa depan milik mereka yang bersedia dan rakyat Malaysia pasti bersedia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI