fbpx

5.23kg pil ekstasi ‘Doraemon’ dalam bekas vitamin C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil ekstasi yang dirampas daripada sebuah syarikat kurier di Sibu.

KUCHING – Taktik sindiket dadah menyeludup masuk sebanyak 5.23 kilogram pil ekstasi (MDMA) ke Sibu menggunakan perkhidmatan kurier dari Semenanjung Malaysia terbongkar apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata rampasan ke atas dadah dianggarkan bernilai RM1,002,000 itu dibuat kira-kira jam 12.10 tengah hari, 20 Jun lalu setelah satu kotak kiriman yang mengandungi kesemua dadah tersebut tidak dituntut di sebuah syarikat perkhidmatan kurier.

“Pasukan Unit Narkotik JKDM Sarawak telah membuat intipan selama tiga hari namun tiada pihak yang hadir menuntut kotak kiriman tersebut.

“Pemeriksaan rapi yang dijalankan telah menemui 12 bekas plastik bercetak ‘Vitamin C 1000 tablets’.

“Di dalam setiap bekas plastik tersebut terdapat bungkusan aluminium berisi pil berbentuk menyerupai watak kartun animasi Doraemon, disyaki dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat kasar sebanyak 5.23 kilogram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, modus operandi sindiket adalah menggunakan perkhidmatan kurier dari Semenanjung Malaysia ke wilayah Sarawak melalui mod udara dan disimpan di dalam bekas plastik bercetak ‘Vitamin C 1000 tablets’.

Norizan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI