fbpx

17 tahun kenal Amy Search, beliau bukan begini – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila enggan nama Nabila Huda terheret dalam isu membabitkan dirinya dengan Amy Search.

PETALING JAYA – Enggan mengheret orang lain, penyanyi Shila Amzah meminta orang ramai jangan mengaitkan nama pelakon, Nabila Huda susulan kemelut antaranya dengan legenda rock, Datuk Amy Search.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, seharusnya individu yang perlu didedahkan adalah dalang kepada penyebab meletusnya provokasi.

“Saya sudah beri penjelasan bagi pihak sendiri dan tolong jangan kaitkan Abil (Nabila Huda) dengan perkara ini.

“Satu lagi, cari tahu benda dan tangan ghaib yang menyebabkan perkara ini berlaku,” katanya dalam hantaran di Insta Story.

Pada masa sama, penyanyi Patah Seribu itu tidak menyangka berlakunya insiden sedemikian memandangkan Amy yang dikenali hampir dua dekad lalu bukan sebegitu.

“Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini.

“Saya minta maaf kerana tidak menyebut namanya secara terang-terangan di hadapan kamera malam tadi (Ahad) menjadikan perkara ini jadi lebih teruk,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa Nabila merupakan punca Amy bertindak mengherdik Shila ketika sesi latihan konsert di Stadium Merdeka pada Khamis lalu.

Dakwa individu terbabit, Nabila yang kini sudah berusia 41 tahun perlu bertindak matang dalam mengendalikan masalah dalaman keluarga.

Terdahulu, susulan insiden tersebut Shila membuat laporan polis namun tidak menyebut nama ‘penyerang’ membuatkan nama vokalis Wings, Datuk Awie antara artis dalam acara sama yang dipetik netizen.

Begitupun, malam tadi ibu kepada dua cahaya mata mengesahkan Amy sebagai individu berkenaan, sekali gus meleraikan persoalan ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI