fbpx

Lelaki berbogel depan anak tiri, kurung dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi anggota polis selepas perintah reman selama tujuh hari dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Alor Gajah, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang peniaga bagai hilang kewarasan apabila sanggup mengurung, memukul dan melakukan amang seksual terhadap dua anak tirinya yang berusia lima dan enam tahun, dua minggu lalu.

Perbuatan yang dilakukan oleh suspek berusia 27 tahun itu terbongkar selepas ibu kandung mereka membawa mangsa makan di Cheng pada pukul 6.30 petang, 5 Julai lalu.

Menurut sumber, wanita berusia 25 tahun itu dihubungi oleh suspek yang juga bekas suaminya untuk berjumpa.

“Anaknya yang berusia lima tahun tiba-tiba menangis ketakutan dan enggan berjumpa dengan suspek.

“Kanak-kanak itu mendakwa dia dan kakaknya sering dipukul, ditampar, dipijak dan ditumbuk suspek semasa ketiadaan ibu mereka,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa berusia enam tahun pula mendakwa bapa tirinya pernah membuka pakaian dan berbogel di hadapannya sebanyak beberapa kali.

“Mangsa mendakwa suspek pernah menutup mulutnya dengan menggunakan pita pelekat selain dikurung dalam kotak serta diugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Rembia semalam. Susulan kejadian itu, pihak polis memberkas suspek petang semalam,” katanya.

Lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 20 Julai itu bagi membantu siasatan.  Permohonan reman itu dibenarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI