fbpx

Kang Seo-ha meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Kang Seo Ha disahkan meninggal dunia akibat kanser.

DUNIA hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Kang Seo-ha yang meninggal dunia akibat kanser.

Seo-ha menghembuskan nafas terakhir pada usia 31 tahun selepas bertarung dengan penyakit kronik yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Upcara pengebumian akan diadakan pada 16 Julai, manakala majlis penghormatan terakhir berlangsung di Dewan Pengebumian Hospital St. Mary’s Seoul, Korea Selatan.

Difahamkan, mendiang akan dikebumikan di Haman, Wilayah Gyeongsang Selatan.

Sebuah hantaran menyentuh hati dimuat naik oleh ahli keluarganya yang memuat naik video montaj kenangan bersama Seo-ha.

“Saya harap awak bebas daripada kesakitan dan hanya dipenuhi kebahagiaan di sana. Saya sangat rindukan awak.

“Awak akan selamanya ada dalam hati saya. Saya sayang awak,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Sebelum meninggal dunia, Kang sebenarnya masih sibuk menjalani penggambaran filem In The Net , yang turut dibintangi Kim Seon Ho dan Park Gyu Young.

Seo-ha merupakan graduan Korea National University of Arts (Universiti Seni Nasional Korea) dalam bidang seni persembahan dan memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada tahun 2012 menerusi muzik video Farther Away oleh Brave Guys.

Sepanjang kerjayanya, dia pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Schoolgirl Detectives, Assembly, Through the Waves, Flowers of the Prison, First Love Again dan Heart Surgeons.

Filem Mangnaein yang disertainya baru-baru ini menjadi karya terakhir mendiang yang akan ditayangkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI