fbpx

[VIDEO] ‘Abang Ego Solariz merah sila serah diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang penunggang motosikal telah meragut wanita di sebuah pasar raya di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan semalam.

PETALING JAYA – Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Solariz berwarna merah selepas dipercayai meragut seorang individu di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Nasken Coffee yang terletak di sebuah pasar raya terkenal di kawasan terbabit kira-kira pukul 7.28 malam.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis menjual kopi itu, kelihatan lelaki berkenaan telah meragut barangan seorang wanita ketika mangsa ingin ke keretanya.

“Kejadian Ragut depan Nasken Lotus Kota Bharu 13/7/2025 19:28 Abe (Abang) Yamaha Ego Solaris tu. Ata (hantar) smula la. Ada masa lagi nak ata tu.

“Dei (bila) tubik (keluar) dashcam dan CCTV lain gak, payah dah nak kecek kiro (setel tepi). Min bui (bagi) dulu ‘teaser’ awal. Kalau hantar semula boleh kecek kiro lagi,” tulis Nasken Coffee.

Sementara itu, menurut seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Que Yahaya, difahamkan suspek terbabit sudah terlibat dalam beberapa kejadian ragut sekitar daerah itu sebelum ini.

“Ego Merah ‘mark’ belaka (semua). Ada info letak di komen . Bunyi kaba (Katanya) banyak kes bulan ini melibatkan motor tu (ego merah),” dakwanya.

Turut meninggalkan komen pada hantaran Nasken Coffee itu adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Idiey.

“Rasanya ini orang sama ragut pelajar kat Pengkalan Chepa minggu lepas sebab tengok CCTV kedai macam sama je,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI