PETALING JAYA – Sebuah pusat beli-belah, Amcorp Mall di sini yang terkenal sebagai tempat pengumpul barangan koleksi, didakwa ‘berhantu’ apabila ramai pengunjung, terutama lelaki, dilihat membawa plastik penuh barangan pada setiap hujung minggu.
Menerusi satu perkongsian di Facebook milik Adam John, premis tersebut digambarkan sebagai ‘lubuk’ yang boleh mengosongkan dompet pengunjung.
“Bila kau kena ‘review’ kedai kat dalam ni, tak tahu nak suka ke nak risau. Rasanya penamatnya mesti jahanam ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa, malah ada yang menyifatkan suasana di pusat membeli-belah itu cukup ‘bahaya’.
“Sini (Amcorp Mall) bahaya.. kadang-kadang ada lelaki yang keluar menangis,” kata Liz Azmi.
“Pernah pergi sini (Amcorp Mall) tak tahu kenapa bila balik berplastik-plastik dalam genggaman tangan,” komen Aidil Akhir.
“Berhantu tempat ni, terutamanya hujung minggu, cepat dia sedut dompet yang penuh,” seloroh Syahrizal Azman. – KOSMO! ONLINE