fbpx

Ayden ikut jejak ‘papa Syed Saddiq’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANCAK dalam media sosial memperkatakan kejayaan anak sulung penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Ayden Adrean menyertai International Triathlon Desaru, baru-baru ini.

Baru berusia lapan tahun dan hanya berlatih selama dua bulan, namun Ayden mampu menyempurnakan setiap misi dalam perlumbaan lasak itu.

Sudah tentu orang ramai memperkatakan kehebatan serta kesungguhannya, begitu juga Bella yang mengakui berbangga dengan pencapaian puteranya itu.

Pada masa sama teman rapat ibunya, Syed Saddiq turut memuji semangat kanak-kanak terbabit sampaikan ada netizen menyebut Ahli Parlimen Muar itu sebagai ayahnya.

Peminat kata, Ayden mengikut jejak ‘papa SS’ iaitu gelaran kepada Syed Saddiq yang juga penggemar sukan triathlon.

Walaupun bukan darah daging sendiri, Saddiq dilihat sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak Bella sampai ramai tumpang seronok.

Semakin bersungguh-sungguh nampaknya netizen nak Bella dengan papa SS berjodohan. Kita aminkan sahaja.

DIVA: Ada pemerhati yang tertunggu-tunggu Aliff Aziz ucapkan tahniah kepada anaknya di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI