fbpx

Empat cedera, bas ekspres rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat wanita cedera selepas bas ekspress yang dinaiki merempuh belakang treler di KM 243.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Seremban awal pagi tadi. - Foto JBPM

SEREMBAN – Seramai empat penumpang wanita cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki merempuh belakang treler di Kilometer 243.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya berkata, seramai 16 anggota dari BBP Rembau, Kota dan Senawang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 2.52 pagi tadi.

Katanya, terdapat 30 penumpang di dalam bas terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 16 wanita dewasa, dan seorang kanak-kanak.

“Empat wanita cedera ringan. Kesemua penumpang berjaya keluar dari bas sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi. Mangsa diberikan rawatan awal sebelum ketibaan ambulans,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI