fbpx

Wimbledon: Anisimova cipta sejarah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANISIMOVA menempah slot final selepas melakar kejutan menewaskan Sabalenka pada aksi awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Amanda Anisimova membuktikan dirinya belum ‘hilang taring’selepas bangkit mengejutkan pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka di pentas separuh akhir Wimbledon awal pagi tadi.

Bintang tenis Amerika Syarikat tersebut yang turun selaku pemain pilihan ke-13 kejohanan, memperagakan aksi penuh berani untuk mencatat kemenangan 6-4, 4-6, 6-4 ke atas Sabalenka.

Kemenangan tersebut membolehkan pemain berusia 23 tahun itu melangkah ke pentas final Wimbledon buat kali pertama dalam karier Grand Slam.

Namun, laluan Anisimova di pentas final tidak mudah apabila akan menentang juara Grand Slam lima kali, Iga Swiatek dalam perlawanan akhir malam ini.

“Saya rasa ia sangat istimewa. Sewaktu saya buat keputusan berehat, ramai yang kata saya tidak akan mampu kembali. Tapi, saya percaya kalau kita utamakan kesihatan diri, segalanya tetap boleh dicapai.

“Saya hanya mahu buktikan bahawa seseorang itu masih boleh kembali ke tahap tertinggi walaupun pernah jatuh. Ini detik yang cukup bermakna buat saya,” kata Anisimova.

Mengulas pertemuan dengan Swiatek, Anisimova mendedahkan mereka pernah bertemu di peringkat remaja ketika Junior Fed Cup yang ketika itu dimenangi oleh bintang Poland itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI