fbpx

Tiga pekerja asing terselamat, gudang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan api kebakaran di sebuah gudang barangan runcit di Jalan Tandang, Petaling Jaya, awal pagi tadi. IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Tiga pekerja asing sebuah gudang barangan runcit diselamatkan dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Tandang, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan berhubung kecemasan itu diterima pada pukul 3.05 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala termasuk bantuan BBP Petaling Jaya serta BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan bangunan gudang barangan runcit empat tingkat berkeluasan 6,000 kaki persgi terbakar 40 peratus.

“Terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki masing-masing warga India dan Myanmar serta seorang wanita warga Myanmar berjaya diselamatkan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, ketiga-tiga mangsa berusia antara 29 hingga 37 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, pasukan mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengawal kebakaran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI