fbpx

Pengemis ditahan, dalam tangan ada RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengemis berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa. - Istimewa

JAKARTA – Pihak berkuasa terkejut apabila menemui wang tunai sebanyak 5.7 juta rupiah (RM1,500) hasil daripada aktiviti mengemis selepas menahan seorang pengemis di Kota Gorontalo, wilayah Gorontalo, lapor laman berita Detik.

Lelaki tersebut ditahan dalam serbuan pasukan Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) di sekitar Taman Kren.

Selepas menahannya, mereka terkejut apabila melihat hasil lumayan yang diperoleh pengemis tersebut.

“Kami mengira bersama dan jumlah terkumpul mencapai 5.7 juta rupiah,” kata Penyiasat Penjawat Awam (PPNS) Satpol PP Kota Gorontalo, Sucipto Ayahu.

Ketika disoal siasat, pengemis tersebut mengaku aktif melakukan kegiatan tersebut secara solo.

Dia ditahan selepas pihak berkuasa mendapat aduan daripada pengunjung taman yang berasa terganggu dengan tindakannya yang meminta sedekah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI