fbpx

Raja ular 4 meter dicekup dalam dusun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular tedung selar seberat lapan kilogram akhirnya berjaya ditangkap. - KhaoSod

BANGKOK – Seekor ular tedung selar bersaiz besar ditangkap di sebuah dusun durian di wilayah Trang, selatan Thailand selepas kerap muncul pada musim menuai, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jarun Sae-Iew, 73, yang merupakan pemilik dusun durian di Ban Thung Yao, daerah Palian, meminta bantuan penangkap ular popular, Suphat Eadchata, 21, setiap kali terserempak dengan ular berbisa di dusunnya. 

Baru-baru ini, ketika pekerjanya memetik durian, dia melihat seekor ular tedung menyusur di bawah sebatang pokok sebelum segera menghubungi Suphat untuk meminta bantuan.

Terdapat sebuah lubang berhampiran akar pokok durian yang menjadi sarang ular itu.

Selepas menggali pada kedalaman kira-kira  4 meter, Suphat dan pasukan penyelamat berjaya mengesan ular tedung selar tersebut. 

Dengan menggunakan cangkuk khas, mereka menarik keluar ular itu dengan penuh berhati-hati.

Ular sepanjang 4 meter dan berat 8 kilogram itu akhirnya berjaya ditangkap selepas lima minit yang mendebarkan, sebelum dimasukkan ke dalam guni.

Jarun percaya ular itu mendiami dusun Jarun untuk memburu tikus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI