fbpx

‘TikTokers’ melindaB didenda RM1,800 buat aksi pondan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Muhammad Hakim, didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di Banda Hilir. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang pencipta kandungan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Melaka, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di Banda Hilir.

Tertuduh, Muhammad Hakim Noraji, 25, yang turut dikenali  sebagai pempengaruh TikTok menggunakan nama melindaB, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Amirrudin Abdul Latip.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam tanpa alasan yang munasabah.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 10 Jun 2025 di Bangunan A Famosa dan pukul 1.30 pagi di hadapan Bangunan Dunia Melayu Dunia Islam, Jalan Kota.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara hingga enam bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM850 bagi pertuduhan pertama atau satu bulan penjara jika gagal membayar, dan RM950 bagi pertuduhan kedua.Tertuduh membayar keseluruhan denda tersebut.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Ahmad Faizul, Ashar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI