fbpx

Malaysia – Afrika Selatan perluas pelaburan strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Ramaphosa. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Malaysia sedia bekerjasama dengan Afrika Selatan untuk merangka langkah memperluas pelaburan strategik meliputi sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama Madani merentas benua.

“Saya juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang membolehkan kami menilai semula pelbagai bentuk kerjasama.

“Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Ia termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

“Saya turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, Oktober ini selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar mengadakan Lawatan Kerja tiga hari ke Rio de Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Anwar hadir atas jemputan Presiden Republik Persekutuan Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva selaku Pengerusi BRICS bagi tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI