fbpx
Penulis bergambar bersama sekumpulan jerung nurse di Maldives.

Santai ‘berenang’ dengan jerung di Maldives

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Percutian saya ke Maldives memang satu pengalaman yang sangat istimewa dan sukar untuk dilupakan. Menginap di SAii Lagoon Maldives, Curio Collection by Hilton, saya memilih untuk tinggal di overwater villa iaitu bilik yang terletak di atas laut.

Dari bilik, saya dapat menikmati pemandangan laut biru yang sangat jernih serta matahari terbit yang sungguh memukau.

Untuk menginap, saya mengambil pakej fullboard, jadi semua makanan dan minuman disediakan memang sangat memudahkan dan menjimatkan.

Apa yang menarik, SAii Lagoon bersebelahan dengan Hard Rock Hotel, jadi saya berpeluang berjalan ke sana.

Salah satu malam yang paling saya nikmati ialah ketika makan malam di Hard Rock sambil ditemani persembahan live band yang sangat menghiburkan.

Saya juga sempat menyertai sesi yoga di sana yang membuatkan diri rasa lebih tenang dan bertenaga. Selain itu, saya juga berjoging di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang sungguh memukau.

Kemudian, saya turut berpeluang melawat pulau tempatan Maafushi yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pantai menyeronokkan.

Di sana, saya mencuba parasailing yang membuatkan diri berasa seperti terbang sambil melihat pemandangan laut biru dari udara.

Percutian di Maldives membuatkan penulis cukup bersyukur dan menghargai keindahan alam.

Saya juga menaiki jetski yang sangat mencabar dan mendebarkan. Selain itu, terdapat banyak aktiviti lain di Maafushi seperti banana boat ride, kayaking, paddle board dan berenang di pantai awam yang cantik.

Suasana di Maafushi memang meriah dengan kedai cenderamata, kafe, manakala penduduk tempatannya sangat mesra.

Antara aktiviti menarik lain yang saya lakukan di Maldives termasuk snorkeling dengan ikan jerung nurse (nurse sharks), bertemu ikan pari (stingrays encounter), melawat bangkai kapal karam (shipwreck visit), menyertai pelayaran melihat ikan lumba-lumba (dolphins cruise) dan sempat juga singgah di beting pasir (sand bank).

Salah satu pengalaman yang paling saya impikan ialah shark trip dan akhirnya menjadi kenyataan. Saya juga sempat memancing di tengah lautan, satu pengalaman baharu yang sangat mengujakan.

Setiap pagi dan petang, saya dapat menyaksikan matahari terbit dan tenggelam yang sangat mempesona.

Percutian ini betul-betul membuatkan saya rasa bersyukur dan menghargai keindahan alam.

Saya gembira kerana banyak perkara dalam bucket list saya telah tercapai sepanjang percutian ini. Kalau ada peluang, saya pasti mahu ke Maldives lagi!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN