fbpx

6 pelajar dipaksa bayar tambang teksi 2 kali ganda kerana jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM pelajar membuat laporan polis kerana dikenakan tambang tinggi. - Foto Channel 3 Plus

BANGKOK – Sekumpulan pelajar perempuan ketakutan selepas seorang pemandu teksi menuntut bayaran dua kali ganda sebelum menurunkan mereka semasa hujan, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Insiden mengejutkan berlaku pada Selasa lalu apabila enam pelajar dari sebuah sekolah perempuan terkenal di Nonthaburi menaiki teksi hijau untuk menyambut hari lahir.

Mereka menyewa teksi untuk ke Prachachuen 36 dan ketika menghampiri pusat beli-belah The Mall Ngamwongwan, hujan lebat mula turun dan kenderaan yang mereka naiki terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Pemandu teksi kemudian menjerit meminta pelajar-pelajar tersebut keluar dan menuntut bayaran 187 baht (RM24).

“Saya memindahkan wang itu ke akaunnya menggunakan (aplikasi) TrueMoney, tetapi dia menjerit bahawa wang itu belum sampai dan menyuruh saya memindahkannya semula.

“Saya meminta rakan saya memindahkan wang itu untuk kali kedua,” kata seorang pelajar tersebut dikenali sebagai B

Dibiarkan basah kuyup, gadis-gadis itu memanggil teksi lain untuk melengkapkan perjalanan mereka.

Pada petang berikutnya, mereka dan ibu bapa masing-masing pergi ke Balai Polis Rattanathibet untuk membuat laporan polis.

Menyedari perkara itu telah sampai kepada pihak polis, anak lelaki pemandu tersebut kemudian  memindahkan wang sebanyak 187 baht kembali kepada B tanpa meminta maaf, lapor saluran televisyen Channel 3 Plus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI