fbpx

Suami ghaib selepas terjun dalam kolam teratai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa. - Khaosod

BANGKOK – Seorang pekerja kilang di Bang Nam Priao, wilayah Chachoengsao hilang tanpa jejak selepas menyelam ke dalam sebuah kolam untuk mendapatkan burung yang diburu, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian pada 29 Jun lalu, mangsa, Surapong, dikatakan pergi memburu burung berhampiran sebuah kolam ketika hari cuti.

Selepas menembak burung, dia dipercayai menyelam ke dalam kolam dipenuhi dengan pokok teratai untuk mengambil burung yang jatuh.

Rakan mangsa, Nanphet, berkata, lelaki itu mungkin mengalami kekejangan atau tersangkut pada pokok teratai atau akar cattail sebelum hilang di bawah air.

Unit penyelamat wilayah Chachoengsao berserta tiga anggota penyelam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa di kolam sedalam tiga meter itu, namun gagal.

Isteri mangsa yang turut berada di tempat kejadian meraung melihat pakaian mangsa ditinggalkan di tepi kolam.

Usaha mencari diteruskan keesokan harinya namun sehingga kini, mangsa dilaporkan masih tidak ditemukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI