fbpx

Akauntan didakwa tinggalkan anak buta, austitik tanpa pengawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thaha ketika dibawa anggota polis selepas prosiding pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meninggalkan dua anak kandungnya yang autistik dan buta tanpa pengawasan, Mac lalu.

Tertuduh, Thaha Abdul Latef, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Thaha didakwa meninggalkan anak lelakinya berusia 10 tahun dan anak perempuan berusia 12 tahun tanpa menyediakan apa-apa keperluan mencukupi untuk pengawasan yang berpatutan.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Elmina Valley 1, Seksyen U16 di sini kira-kira pukul 4 petang pada 15 Mac lalu.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 33 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal mencadangkan jaminan RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan.

Peguam Mohd. Redzuan Mohamed Yusoff bagaimanapun merayu supaya jaminan dikurangkan RM15,000 hingga RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

“Anak guam saya bekerja sebagai akauntan dengan pendapatan RM7,000 dan berkahwin kali kedua dengan doktor pakar. Dia mempunyai dua anak.

“Mohon dikecualikan syarat tidak mengganggu anak-anak (mangsa) ekoran Mahkamah Syariah beri perintah kebenaran berjumpa pada Jumaat dan Sabtu pada 9 pagi hingga 9 malam,” katanya.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000, melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran selain menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes ditetapkan 4 September ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI