fbpx

Dua maut bas persiaran berlanggar lori tangki, trak tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan bas persiaran dan lori tangki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, Batu Pahat tengah malam tadi.

BATU PAHAT – Dua lelaki maut, manakala 16 penumpang cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan lori trak tunda dan lori tangki di Kilometer 80.7 Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, di sini tengah malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Md. Isa Masngun berkata, dua mangsa yang maut masing-masing dikenali sebagai Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44.

Katanya, dalam kejadian pukul 12.44 tengah malam itu, bas berkenaan membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati dua penumpang lelaki bas tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian.

“14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas pula mengalami kecederaan dan selebihnya iaitu 27 penumpang lelaki dan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lori trak tunda berusia 42 tahun dan pemandu lori tangki berusia 33 tahun selamat dan tidak cedera. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI