PETALING JAYA – Kelibat seekor gajah yang ‘menziarahi’ kawasan perumahan di sebuah kampung mencuri perhatian ramai apabila haiwan itu dilihat berjalan perlahan-lahan sambil mencari makanan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok milik Norizan Omar, wanita tersebut sempat merakam detik haiwan berkenaan dari jarak dekat ketika gajah itu merayau-rayau sekitar kawasan rumah penduduk.
“Ini gajah liar, tetapi dah lama tinggal dalam kawasan kampung. Dia tak garang kalau kita tak kacau. Dia cuma nak cari makan,” tulis pemilik akaun di ruangan komen.
Kehadiran haiwan besar itu nyata mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan situasi tersebut.
“Dulu-dulu nak tengok gajah kena pergi zoo, sekarang tak payah… gajah sendiri datang rumah,” kata Ishaifah.
“Safari depan rumah… tak payah beli tiket,” seloroh seorang pengguna.
“Untunglah dapat tengok gajah depan mata, saya nak tengok pun kena pergi zoo,” komen Helmi. – KOSMO! ONLINE
@omarnorizan♬ bunyi asal – Norizan Omar