fbpx

Ajal warga emas dalam ladang durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat lelaki warga emas yang maut ditimpa dahan pokok di Kampung Klian Intan, Pengkalan Hulu hari ini.

GERIK – Seorang lelaki warga emas maut ditimpa dahan pokok yang patah dalam kejadian di kawasan ladang durian Kampung Klian Intan, Pengkalan Hulu di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 76 tahun itu sedang menebang pokok getah sebelum ia tumbang ke atas pokok lain menyebabkan dahannya patah lalu menimpa si mati.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada pukul 5.16 petang.

Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang terbaring tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari ladang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7 malam,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI