fbpx

Anwar bincang usaha perluas kerjasama strategik pelbagai bidang di Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu Antonio hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri bersama Timbalan Perdana Menteri Itali, Antonio Tajani membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya turut bertukar pandangan dengan Antonio yang juga Menteri Luar Itali mengenai isu-isu serantau dan global seperti konflik di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.

“Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Republik Itali, @Antonio_Tajani, di Rom hari ini.

“Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan di laman X, di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama.

Terdahulu, Anwar turut mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama Republik Itali, meliputi sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.

Beliau berkata, pihaknya turut bertemu Fincantieri dan Leonardo, dua syarikat gergasi pertahanan yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang.

“Saya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau Asia Tenggara.

“Saya turut mengadakan pertemuan bersama syarikat tenaga Itali, ENI, untuk membincangkan kerjasama bersama PETRONAS di Malaysia serta meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama,” katanya.

Katanya, beliau manfaatkan sesi itu untuk menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan diyakini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI