BESUT – Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian sehingga mengorbankan tiga pelancong pada Sabtu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.
Lelaki berusia 22 tersebut bakal didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1957.
Kosmo! Isnin lalu melaporkan bot dipandu suspek yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun terbalik akibat dipukul ombak besar berhampiran Pulau Perhentian Besar, dekat sini.
Ujian urin kemudiannya mendapati dia positif dadah jenis Benzodiazepine. – KOSMO! ONLINE