fbpx

Wei Chong sahut cabaran Naga Api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG (kanan) dan Kai Wun bertekad membawa pulang gelaran Terbuka Jepun dan China selepas ini.

PEMAIN beregu lelaki negara, Man Wei Chong sedia memastikan aksi lebih konsisten bagi memastikan dia dan pasangannya, Tee Kai Wun berpeluang meraih gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dan Terbuka China selepas ini.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, mereka tidak perlu meletakkan sasaran spesifik pada kejohanan tersebut, sebaliknya mahu memberikan sepenuh fokus untuk mengeluarkan corak permainan sebenar.

Jelasnya, sekiranya dia dan Kai Wun dapat mempamerkan aksi yang diharapkan, maka mereka memiliki peluang cerah melangkah lebih jauh, seterusnya memenangi kejohanan tersebut.

“Kita jangan terlalu tengok pada keputusan kerana yang penting adalah untuk mengekalkan prestasi. Sekiranya dapat menampilkan aksi yang konsisten, sudah tentu keputusan akan datang sendiri.

“Mentaliti paling penting sebab kita sentiasa berdepan dengan tekanan tetapi ia bagus untuk perkembangan. Sekarang kami perlu lupakan separuh tahun yang lalu dan fokus pada separuh tahun kedua,” katanya.

Ketua jurulatih beregu lelaki Akademi Badminton Malaysia (BAM), Herry Iman Pierngadi yang lebih dikenali dengan julukan Naga Api sebelum ini melaungkan cabaran kepada anak-anak buahnya untuk sekurang-kurangnya meraih satu gelaran pada Terbuka Jepun yang bermula 15 hingga 20 Julai ini serta Terbuka China (22-27 Julai).

Sementara itu, Wei Chong menganggap prestasi musim ini menunjukkan peningkatan selepas meraih dua gelaran iaitu Malaysia Masters dan Indonesia Masters.

“Memang ada peningkatan sebab kita ada kalah awal sejak dari All England. Kemudian, dapat mengatasi masalah yang dihadapi walaupun (prestasi) tidak naik tinggi sangat.

“Kita tidak boleh mudah berpuas hati dan perlu terus berjuang kerana masih ada banyak kejuaraan untuk dimenangi selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI