fbpx

Bekas kapten Kelantan sarung jersi kelab Liga A2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Piya telah menandatangani kontrak bersama pasukan AZM Rovers hari ini. Foto ihsan Facebook AZM Rovers

KOTA BHARU – Bekas kapten The Red Warriors (TRW), Mohd. Badhri Radzi atau Piya, 42, kembali ke saingan bola sepak kompetitif selepas menyarung jersi skuad AZM Rovers (AZM Rovers FC) dalam kancah Liga A2 musim 2025/26.

Pemilik AZM Rovers FC, Amin Zubair Muhammad berkata, selain bertindak sebagai pemain, Piya turut diberikan peranan sebagai mentor untuk membimbang barisan muda yang beraksi bersama pasukan tersebut.

“Skuad ini dibarisi pemain bawah 23 tahun dan memerlukan tonggak perpengalaman untuk memberikan tunjuk ajar. Jadi, kita percaya Piya mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

“Selain itu, kehadiran Piya memperkuatkan jentera tengah pasukan dan kita yakin sentuhan beliau masih lagi berbisa. Usia bukan penghalang, apa yang penting kami mahu pengalaman beliau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azmin Zubir turut optimis gabungan pemain muda dan Piya mampu membentuk pasukan yang ampuh dalam memberikan saingan di Liga A2 musim ini.

Sementara itu, Piya memohon doa peminat bola sepak tanah air dalam usaha membantu pasukan layak ke saingan Liga A1 tahun depan.

“Minta doa dari kalian semua semoga dipermudahkan urusan dan (dapat) membawa AZM Rovers ke tempat lebih tinggi,” kata Piya menerusi laman Facebooknya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI